LANGKAH MENGATASI CABARAN


1.MASYARAKAT KEPELBAGAIAN

  • Memahami satu sama lain dan kepelbagaian yang terdapat pada setiap individu dengan bertoleransi ,bersama menghadapi dan meraikan kepelbagaian tersebut.
  • Hal ini adalah dengan cara meraikan dan menghargai kepelbagaian dengan turut serta dalam perayaan atau festival kaum lain.

2. MENGURUS PEMBINAAN NEGARA BANGSA

  • Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan dan peperiksaan yang seragam.  
  • Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata peajaran yang bersesuaian.

3. MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN KEBENDAAN

  •  Ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya tidak terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan selalu bersyukur dengan semua perkara. 
  • Menerapkan nilai rendah diri dan menghormati antara satu sama lain. 

4. PENGARUH MEDIA MASSA

  • Ibu bapa perlu memantau aktiviti harian anak mereka agar tidak terjebak pengaruh negatif media massa.  
  • Pihak berkuasa boleh mengadakan ceramah tentang bahaya pengaruh media massa dalam  melestarikan etika dan peradaban.

Comments

Popular Posts